Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

ALOR SETAR- Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 untuk sektor awam bukanlah sebahagian daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, janji tersebut akan cuba ditunaikan sebelum tempoh lima tahun Pakatan Harapan tamat.

“Kami sedang mengkaji mengenainya.

“Usaha untuk melaksanakan gaji minimum itu telah pun dimulakan dan kami yakin mampu melaksanakannya,” kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan manfaat Pertubuhan Keselamatan Pekerja Sosial (Socso) kepada balu Johari Zakaria, Salihah Che Pi di sini hari ini.

Menurut Mahfuz, perkara tersebut sedang dikaji oleh Majlis Konsultatif Upah Kebangsaan sebelum dibentangkan ke kabinet.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast