Christine Lagard. foto Reuters

BUENOS AIRES – Sebuah pesawat American Airlines yang membawa Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde melakukan pendaratan cemas di Argentina selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza.

Media tempatan Clarin dan La Nacion berkata, pesawat yang menuju ke Amerika Syarikat itu mengalami tekanan rendah kira-kira 200 kilometer di utara Argentina.

Pesawat itu kemudian berpatah semula ke Ezeiza.

Lagarde berada di Argentina pada hujung minggu bagi mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Presiden-Presiden Bank Dunia G20. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast