IPOH – Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Balan Pillai’ kerana didakwa memuat naik kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam di akaun Facebooknya.

Kenyataan itu dikatakan menghina umat Islam yang melakukan tawaf di Kaabah selain menyebut agama Islam sebagai agama pengganas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, siasatan dilakukan selepas seorang lelaki berusia 35 tahun membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Jelapang, semalam.

“Pengadu yang merupakan seorang guru melihat salinan ‘screen shot’ di Facebook yang dikongsi oleh seorang pemilik laman sosial itu dikenali sebagai Farid Maria mengenai kenyataan Balan Pillai itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast