KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan promosi tambang khas serendah RM0.10 bagi meraikan kemenangan selepas mempertahankan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia Skytrax baru-baru ini.

Ahli-ahli AirAsia Big berpeluang menikmati tambang serendah itu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulai Pinang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Siem Reap, Phnom Penh, Krabi, Phuket dan Pontianak.

Selain itu, penumpang juga berpeluang mendapatkan kadar serendah dari pada RM100 ke Jeju, Chongqing, Taipei dan.

Tempahan bermula sekarang hingga 29 Julai in bagi tempoh penerbangan mulai 1 November 2018 hingga 13 Ogos 2019. – MalaysiaGazette