Gambar hiasan

CAPE TOWN – Pengeluar berlian, De Beer telah memulakan operasi memindahkan 200 ekor gajah daripada taman rizabnya di Afrika Selatan ke Mozambique.

Ini kerana, populasi gajah di taman perlindungan persendiriannya, Rizab Alam Semula Jadi Venetia Limpopo terlalu tinggi, dikhuatiri menjejaskan ekosistem.

Firma itu berkata, perpindahan 200 ekor gajah itu dijangka meningkat jumlah gajah di Mozambique yang diancam kepupusan akibat pemburuan haram untuk mendapatkan gadingnya.

Lebih separuh daripada populasi gajah di Mozambique lenyap dalam lima tahun terakhir kerana pemburuan haram, menurut kumpulan kempen Fauna dan Flora International.

Di taman Rizab Nasional Niassa, pemburu membunuh hampir 11,000 gajah sejak tahun 2007, mengurangkan jumlahnya kepada kira-kira 1,500 ekor.

De Beers, pengeluar berlian terkemuka dunia berkata, ia akan memindahkan 60 gajah ke Taman Negara Zinave milik negara pada bulan Julai dan Ogos.

Baki 140 akan dipindahkan ke taman-taman, yang mempunyai ruang yang cukup untuk menampung hidupan itu mulai tahun 2019, katanya dalam satu kenyataan.

De Beers akan mendermakan AS$500,000 (£ 380,000) dalam tempoh lima tahun ke kumpulan pemuliharaan, Peace Park Foundation untuk memerangi pemburuan haram di Mozambique, kata syarikat itu.

Rizab Alam Semula Jadi Venetia Limpopo di Afrika Selatan boleh menyokong kira-kira 60 gajah tetapi kini mempunyai 270 ekor hasil daripada pertumbuhan semula jadi, kata De Beers.

“Tiada simbol Afrika yang lebih besar selain gajah” dan penempatan semula itu akan membantu menjamin masa depan hidupan itu di Mozambique, tambah firma tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast