Kebanyakan kawasan di United Kingdom mengalami suhu 30 darjah celsius. foto Agensi

LONDON – United Kingdom kini dilanda gelombang panas.

Hari Isnin adalah hari paling panas setakat tahun ini dengan suhu Santon Downham mencecah 33 darjah celsius manakala beberapa kawasan sekitar 24 darjah celsius.

Bagaimanapun suhu tersebut belum mencecah kemuncaknya sehingga Khamis atau Jumaat ini.

Amaran bersama dari NHS, Kesihatan Awam England dan Pejabat Meteorologi berkata, terdapat kebarangkalian 90 peratus berlaku gelombang panas hingga 09:00 BST pada hari Jumaat.

Ahli meteorologi Meteorologi, Alex Burkill berkata, suhu cenderung kekal pada sekitar 30 darjah celsius sepanjang hari Selasa.

Cuaca panas dijangka pada hari Rabu dengan 33 darjah celsius, Khamis dan Jumaat 34 darjah celsius. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast