Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, siasatan perlu dilakukan terhadap penghantaran surat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Jelasnya, ini kerana ia merupakan isu yang berkaitan dengan kedaulatan negara apabila  wujud campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

“Ini menimbulkan banyak persoalan bagaimana surat ini boleh dikeluarkan atas arahan dan bolehkah pegawai tulis surat tanpa arahan orang atas. Ia isu yang patut disiasat dengan teliti kerana melibatkan kedaulatan negara.

“Sebab itu saya harap siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya kepada media di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian mengulas laporan berita tentang seorang pegawai kerajaan telah menghantar surat kepada CIA bagi meminta Amerika Syarikat terus menyokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak jika BN menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU14.

Bagaimanapun, Najib hari ini mendakwa beliau tidak mengetahui mengenai surat tersebut.

Guan Eng dalam pada itu menyifatkan peletakan jawatan sembilan pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sebagai tindakan yang bijak.

“Saya rasa itu keputusan mereka dan mereka hendak berikan satu peluang kepada perdana menteri membuat keputusan berkenaan hala tuju sama ada meneruskan dengan lembaga pengarah yang dilantik kerajaan dahulu ataupun teruskan dengan yang baharu.

“Ini merupakan satu keputusan bijaksana untuk memberikan pilihan kepada Perdana Menteri membuat keputusan,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette