TERKINI : “Sistem Pendidikan Kekeluargaan, Elak Penceraian” – Tuan Ibrahim Tuan Man

Perkahwinan bawah umur tidak sepatutnya menjadi isu sebaliknya peratusan penceraian yang perlu diberi perhatian.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekalipun perkahwinan bawah umur membimbangkan pada masa kini, ianya tidak menjadi masalah sekiranya perkahwinan itu tidak menyumbang kepada peningkatan kes penceraian dalam negara.