Keadaan trak Black Maria yang terbalik di simpang masuk Mahkamah Klang. foto Facebook

KUALA LUMPUR – Tujuh Orang Kena Tuduh (OKT) dan empat anggota polis cedera apabila sebuah trak Black Maria terbalik di selekoh simpang masuk Mahkamah Klang, pagi tadi.

Kejadian itu berlaku pada pukul 8.45 pagi ketika trak bersama 23 OKT dan polis pengiring dalam perjalanan ke mahkamah.

“Setibanya di selekoh mahkamah, trak itu terbalik dan pemeriksaan mendapati tujuh OKT termasuk empat anggota polis mengalami kecederaan ringan.

“Sementara lain hanya terdapat kesan calar di beberapa bahagian badan,” kata Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan di sini.

Mereka yang cedera diberi rawatan awal di mahkamah dan pemeriksaan lanjut akan dibuat selepas proses kes mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast