Dembele merasakan kedudukannya tergugat dengan kehadiran malcom ke Nou Camp.

SEPANYOL – Ousmane Dembele dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Barcelona musim ini.

Pemain itu dikatakan mengambil pendirian itu setelah menyedari the Catalans membeli bintang Brazil Malcom.

Barcelona melengkapkan perpindahan Malcom dengan nilai 37 juta pound daripada Bordeaux pada Rabu lepas dan lulus ujian kecergasan di Nou Camp.

Dembele pula ketika ini dikaitkan dengan Liverpool, Arsenal dan Chelsea musim ini.

Akan tetapi hasrat pemain antarabangsa Perancis untuk meninggalkan kelab La Liga itu tidak kesampaian.

Barcelona difahamkan tidak bersedia menjual Dembele walaupun merekrut penyerang baharu, Malcom.

Dembele dikatakan kecewa melihat tindakan kelabnya menambah edisi baharu dalam jentera serangan yang dianggap menggugat kedudukannya.

Dembele yang pakar sayap kanan pasukan melihat kehadiran Malcom sebagai pencabar di posisi itu.

Pemain itu difahamkan sudah membuka pintu kepada kelab di Eropah yang menagih khidmatnya.

Bos Barcelona Ernesto Valverde berdepan kesukaran dalam menyedikan ruang beraksi untuk Dembele memandangkan pemain 21 tahun itu bergelut dengan kecederaan sejak awal musim ini.

Barcelona berdegil untuk melepaskan Dembele selepas membeli pemain itu dengan nilai 135.5 juta pound musim lalu.

Dembele hanya beraksi dalam 23 perlawanan bersama Barcelona dengan empat gol.- MalaysiaGazette