Khalid Samad
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad bercakap pada sidang media selepas selesai program lawatan ke Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di Kampong Bharu, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 27 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Tindakan gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang mahu mengadakan perhimpunan di sini esok disifatkan cuba menimbulkan ‘ketegangan’.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang mempertikai tindakan itu berkata, ia merupakan sesuatu langkah yang tidak wajar untuk dilakukan NGO terbabit.

Menurutnya, apa yang penting adalah mencari jalan penyelesaian daripada mengajak rakyat untuk berhimpun.

“Ia hanya akan menimbulkan ketegangan. Apa yang kita perlu cari ialah penyelesaian yang baik secara keseluruhan daripada semua pihak.

“Saya rasa gambaran kononnya Melayu tersepit, dalam bahaya hanya persepsi yang ingin diwujudkan sedangkan ramai masyarakat Melayu dan Islam terjamin,” katanya pada sidang media selepas mengadakan dialog dengan beberapa penduduk Kampung Baru di sini hari ini.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Ummah yang akan diadakan esok sebagai membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Kampung Baru esok.

Himpunan yang akan diadakan itu turut dikaitkan dengan persepsi bahawa kepentingan Melayu dan Islam terancam selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/07/16/uec-kenapa-pemimpin-melayu-ph-senyap/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast