Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini menafikan beliau memberikan Kelulusan Permit (AP) bagi mengeksport pasir sungai secara rundingan terus kepada empat syarikat yang didakwa milik kroninya.
Dr. Xavier Jayakumar

PUTRAJAYA – Jawatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan akan dihapuskan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi presiden parti itu selepas pemilihan kelak. 

Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar percaya kepimpinan dan akar umbi bakal memberi sokongan kepada Anwar untuk menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

“Saya fikir dia calon paling layak untuk bertanding dan akan dapat sokongan penuh dari pemimpin dan akar umbi.

“Kami fikir jawatan Ketua Umum PKR lepas ini tidak akan ada selepas Anwar jadi presiden,” katanya. 

Jawatan Ketua Umum tidak wujud dalam perlembagaan PKR dan parti itu meletakkan presiden sebagai pemimpin utama yang bertanggungjawab menjaga perjalanan parti.

Namun jawatan Ketua Umum itu diwujudkan dan diberikan kepada Anwar pada 2008 tanpa pemilihan.

Beliau juga menafikan keputusan Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden akan menimbulkan ketidaktentuan dalam PKR.

“Tidak ( Parti akan terus stabil).. sesiapa sahaja boleh bertanding untuk bertandimh apa juga jawatan,” ujarnya. 

Keputusan Rafizi itu bakal menyaksikan kemungkinan pertembungan antara beliau dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang kini menyandang jawatan berkenaan.

Xavier bagaimanapun memaklumkan beliau masih belum membuat keputusan sama ada untuk  terus mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR atau mencuba jawatan lain. -MalaysiaGazette