TERKINI : Ku Li Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah majlis penasihat bagi memantau perjalanan dan hala tuju parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jemaah itu akan dipengerusikan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

“MT UMNO telah bersetuju tubuh Jemaah Penasihat dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

“UMNO juga tubuh 9 Majlis yang meliputi beberapa tanggungjawab bagi perkasakan parti sebagai pertubuhan politik,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.