Zouheir Bahloul. foto Agensi

BAITULMAQDIS – Seorang ahli politik Arab Israel telah meletak jawatan selepas menentang undang-undang baru kontroversi yang mengisytiharkan Israel sebagai negara bangsa Yahudi.

Zouheir Bahloul, 67, menyifatkan Parlimen Israel sebagai rasis dan merosakkan kerana meluluskan undang-undang tersebut.

Parlimen Israek yang juga membatalkan status bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

“(Undang-undang) menghilangkan penduduk Arab demi kesetaraan di Israel,” katanya kepada rangkaian TV Israel, Reshet.

Rang undang-undang itu dikeluarkan pada 19 Julai lalu telah menimbulkan kemarahan dari minoriti Arab Israel.

“Saya meletak jawatan dari Knesset,” kata Bahloul, ahli parti pembangkang Zionis Union, pada hari Sabtu.

Jelasnya, sekiranya beliau duduk di atas pagar, dia perlu memberikan hak ke atas undang-undang kepada Parlimen yang merosakkan perkauman dan pelampau ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula memuji saat-saat itu yang disifatkan sebagai sejarah negara.

“Seratus dua puluh dua tahun selepas (pengasas Zionisme moden Theodore Herzl) membuat wawasannya diketahui, dengan undang-undang ini kita menentukan prinsip kewujudan kita,” katanya.

Disebut Undang-undang Asas: Israel sebagai Negara Bangsa Rakyat Yahudi, undang-undang dasarnya mendefinisikan Israel terlebih dahulu sebagai negara Yahudi.

Ia dicipta kerana sesetengah ahli politik Yahudi Israel menganggap prinsip penubuhan Israel, sebagai keadaan untuk orang Yahudi di tanah air purba, berada dalam ancaman.

Tetapi bagi Arab Israel, yang terdiri daripada kira-kira 20 penduduk negara itu melihatnya sebagai bukti bahawa Israel sedang menjatuhkan status mereka. – MalaysiaGazette