Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri mendoakan agar helicopter hilang yang membawa Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi dan rombongannya segera ditemui dan berada dalam keadaan baik.

Turut berada dalam helikopter ialah Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian.

“Doa saya agar semua yang terlibat segera dijumpai dan berada dalam keadaan baik.

“Semoga khabar menyenangkan menjengah tidak lama lagi,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka kerja di Asia Tengah.

Menurutnya, sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan segera melalui laman media sosial Wisma Putra. – MalaysiaGazette