Sesi fotografi bersama pelakon, Nor Albaniah di Winner Films & Entertaiment di Setiawalk Puchong, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Rezeki wanita ini tidak pernah putus dalam dunia seni.

Walaupun tawaran berlakon tidak serancak zaman mudanya, Nor Albaniah bersyukur dengan perjalanan hidup yang sudah melepasi usia 48 tahun.

Puas berlakon, ibu tunggal ini naik selangkah demi selangkah dalam merencanakan karier seninya.

Siapa sangka di sebaliknya nama yang biasa-biasa sahaja, kontrak sebagai duta Dosu iaitu jenama cermin mata disambung lagi untuk tempoh setahun.

Rezeki Nor Albaniah terus mencurah apabila dia kini memegang jawatan sebagai Eksekutif Penjenamaan di sebuah syarikat produksi antarabangsa, Winner Films & Entertainment (Winner) sejak dua bulan lalu.

ibu tunggal ini naik selangkah demi selangkah dalam merencanakan karier seninya.
ibu tunggal ini naik selangkah demi selangkah dalam merencanakan karier seninya.

Wanita kelahiran Ulu Kinta, Perak itu mengakui dia berdepan tanggungjawab mencabar apabila menerima tawaran daripada Pengerusi Winner, Dr. MK.

“Pada mula saya memang terkejut tetapi saya cuma ambil masa dua hari untuk berfikir tentang tawaran itu. Saya sempat bertanya kepada Dr. MK kenapa memilih saya, beliau berkata hanya nama saya muncul dalam mindanya.

“Saya memang kenal Dr MK namun hampir tujuh tahun kami tidak berjumpa. Ketika menimbang tawarannya, saya fikir inilah waktu yang sesuai untuk saya melangkah ke satu fasa lain pula.

“Saya yakin Winner akan menjadi platform untuk saya memajukan diri sendiri apatalah saya akan menempuh pengalaman baharu dalam dunia korporat selain paling penting masih diberi kebebasan untuk menerima tawaran berlakon,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Kontrak Nor Albaniah sebagai duta Dosu iaitu jenama cermin mata popular disambung lagi untuk tempoh setahun.
Kontrak Nor Albaniah sebagai duta Dosu iaitu jenama cermin mata popular disambung lagi untuk tempoh setahun.

Ditanya skop kerjanya dan mungkin ada skeptikal dengan kemampuannya untuk menjenamakan sebuah syarikat baharu, Nor Albaniah sedar jatuh bangun sebuah organisasi secara tidak langsung berkait dengan penjenamaan.

Jelas beliau penuh yakin, kata putus sama ada untuk membuat keputusan menaja dan merencana strategi pemasaran semuanya terletak di tanyanya.

“Untuk perancangan jangka pendek, Winner akan memberi fokus kebajikan kepada anak seni yang sudah lama tidak menghasilkan karya atau anak muda yang ingin menceburi dunia pengarah apabila akan memberi peluang kepada mereka.

“Kami akan membuat program dikenali The Winning Pitching apabila mereka boleh tampil dengan teaser atau trailer mereka dan jika terpilih, Winner akan memberi bajet kepada mereka,” katanya serius.

MGF25072018_Sesi Fotografi Artis Reiden Winner Film_06
Walaupun kini memegang jawatan Eksekutif Penjenamaan di Winner Films & Entertainment, Nor Albaniah masih diberi kebebasan untuk menerima tawaran berlakon.

Pada masa sama, kata Nor Albaniah, Winner akan sibuk sehingga hujung tahun ini apabila tiga filem keluarannya akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, filem tersebut melibatkan dua filem Inggeris dan Mandarin dengan fokus tayangan di luar negara terutama di China.

“Winner juga sudah mendapat slot dengan stesen televisyen dari China, CCTV sebanyak 52 episod untuk menerbitkan program berkisah rakyat negara itu yang berjaya di luar negara.

“Ketika ini, kami sedang melakukan praproduksi melibatkan krew di belakang tadbir di kalangan anak-anak muda,” katanya teruja.

MGF25072018_Sesi Fotografi Artis Reiden Winner Film_04
Selesa bergelar ibu tunggal hampir 24 tahun.

Mengulas karier lakonan, Nor Albaniah berkata dia akan memulakan sesi penggambaran tidak lama lagi yang sepatutnya bermula bulan lalu.

Ujar pelakon filem Kolej 56 itu, waktu kerjanya yang fleksibel dan tidak memerlukan berada di pejabat dari pagi hingga petang memberi kelebihan kepadanya untuk terus menjadi anak seni yang diceburi ketika usia 19 tahun.

Ditanya soalan klise tentang jodoh, seperti biasa jawapannya sambil tersenyum adalah dia masih solo dan selesa bergelar ibu tunggal sejak usia 25 tahun – MalaysiaGazette

TERIMA KASIH TAJAAN:

BUSANA OLEH ANAS ABDULLAH (016-6930055)