Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihaknya menurunkan bahan kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, pihaknya tidak pernah berbuat demikian terhadap calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

“SPR menegaskan bahawa tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen tersebut dibuat oleh Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti yang didakwa.

“Malah wakil calon parti berkenaan juga turut menganggotai PPKPR yang diwujudkan oleh SPR itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

SPR mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ada tuduhan oleh pihak-pihak tertentu mendakwa badan bebas itu bertindak demikian kerana dianggap bahan kempen parti lawan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada pihak lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast