TERKINI : Isu Dr. Zakir Naik dan LTTE Selesai

Perselisihan faham antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkenan isu Dr. Zakir Naik dan LTTE akhirnya selesai.

Penyelesaian itu selepas kedua-dua mereka bersetuju menyerahkan dua isu utama yang dibangkitkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.

Kata sepakat itu dicapai selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa di Jabatan Kemajuan Islam Maalysia (Jakim) di sini hari ini.

Pertemuan selama 40 minit bermula dari pukul 3 petang itu antara lain membincangkan perkara membabitkan LTTE (Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam serta isu pertikaian membabitkan pendakwah terkenal, Zakir.