MRT3 Ditunda Hingga Selesai Kajian | Edisi MG

Kerajaan membuat keputusan untuk menundakan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) ketika ini selepas mengambil kira status kewangan negara yang terbeban dengan hutang merupakan antara punca utama projek itu perlu ditangguhkan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kerajaan bukannya mahu menafikan faedah dan manfaat yang didapati melalui MRT3 tetapi pelaksanaan harus dikaji semula memandangkan tahap hutang negara lebih tinggi.

Beliau mengulas soalan lisan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan rasional dan implikasi daripada pelbagai segi meliputi kewangan, kadar penggunaan pengangkutan awam, impak ekonomi susulan, kesesakan jalan raya, jaringan pertumbuhan bandar, keselesaan pengguna serta aspek daripada pembatalan MRT3.