WASHINGTON – Korea Utara didakwa sedang membangunkan satu atau dua peluru berpandu balistik cecair antara benua yang baharu di sebuah kilang yang menghasilkan peluru berpandu pertama yang mampu sampai ke Amerika Syarikat, lapor Washington Post.

Akhbar itu memetik sumber risikan berkata, agensi pengintip Amerika Syarikat melihat tanda-tanda pembinaan di sebuah pusat penyelidikan yang besar di Sanumdong, di pinggir Pyongyang.

Penemuan terbaru itu mencadangkan aktiviti berterusan di kemudahan nuklear dan peluru berpandu Korea Utara walaupun perbincangan untuk menghapuskan senjata nuklear antara Pyongyang dan Amerika Syarikat berlangsung Jun lalu.

Minggu lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo memberitahu Jawatankuasa Perhubungan Luar Negeri Senat bahawa Korea Utara terus menghasilkan bahan bakar untuk bom nuklear walaupun telah bersetuju untuk menghapuskannya.

Tetapi beliau menegaskan, pentadbiran Trump masih meneruskan progres dalam perbincangan dengan Pyongyang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast