Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – Projek Geospatial Information System (GIS) Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Geospatial pada Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-8, di sini baru-baru ini.

Penyertaan yang bertajuk ‘Memperkasakan Projek GIS di Bahagian Pembahagian TNB ke Arah Grid of The Future’, mengandungi pelaksanaan sistem untuk dikembangkan sehingga meliputi lebih 76,000 pencawang dan 1.3 juta kilometer talian kabel elektrik.

GIS Pembahagian itu dilancarkan tahun lalu, bagi membolehkan urusan menganalisis, menyimpan, memanipulasi dan menggambarkan maklumat dalam bentuk spatial di atas peta, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (NRE), Dato’ Sri Azizan Ahmad kepada Ketua Projek GIS Distribution, Ir. Fazilah Mat Yatim pada simposium di PICC yang bertemakan ‘Inovasi Geospatial Ke Arah Wawasan Negara’. – MalaysiaGazette