Chan Ai Mei

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) melancarkan Affin Hwang Dana Malaysia (AHDM), dana borong tertutup bagi memperoleh peningkatan modal dalam tempoh 3 tahun dana, dengan opsyen lanjutan 1 tahun.

Dana ini bertujuan mencapai sasaran pulangan mutlak sebanyak 30 peratus semasa tempoh tersebut dengan melabur dalam portfolio ekuiti dalam negeri.

Untuk mencapai objektif pelaburannya, AHDM akan menggunakan pendekatan yang fleksibel untuk peruntukan aset dengan melabur ke dalam pelbagai kelas aset termasuk ekuiti, instrumen berkaitan ekuiti, pendapatan tetap, produk berstruktur dan/atau derivatif, bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

Ketua Pemasaran dan Penggihan Affin Hwang AM, Chan Ai Mei berkata, dana ini tersedia untuk langganan bagi tempoh tidak lebih daripada 45 hari dari tarikh permulaan dana pada 1 Ogos 2018.

Harga tawaran awal adalah RM1.000 seunit, dengan jumlah minimum pelaburan awal sebanyak RM100, 000. – MalaysiaGazette