Timbalan Presiden Keadilan (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Keadilan (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

KLANG – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Seri Mohamed Azmin diberi ruang untuk berfikir sama ada mahu mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti atau sebaliknya. 

Katanya, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu mempunyai hak untuk membuat keputusan sebelum pemilihan Ogos nanti. 

“Dia (Azmin) tidak kata apa-apa pun lagi. Tunggulah, bagilah ruang dia fikir, bincang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Ceramah Khas bersama Anwar Ibrahim di Jalan Kebun malam tadi.

kehadiran Anwar itu adalah julung kali untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis.

Azmin walaubagaimanapun tidak hadir.

Azmin sehingga kini masih belum mengumumkan keputusan sama ada mahu mempertahankan jawatannya sebagai orang nombor dua parti atau tidak. 

Ia ekoran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah mengumumkan akan bertanding jawatan yang disandang Azmin itu pada pemilihan parti kali ini.

Bagaimanapun, bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong memaklumkan MalaysiaGazette sebelum ini Azmin mempunyai hasRat untuk bertanding jawatan Presiden PKR. – MalaysiaGazette