Penumpang Aeroméxico AM2431 dalam perjalanan balik ke rumah

DURANGO – Para penumpang pesawat Aeroméxico AM2431 yang terhempas di Mexico bersyukur kerana kerana selamat daripada nahas pesawat.

Seorang daripada penumpang, Jackeline Flores berkata, dia dan anak perempuannya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan melalui lubang pesawat ketika pesawat dipenuhi asap dan api.

“Tetapi semasa kejadian kaki seorang kanak- kanak perempuan mengalami kecederaan parah,”katanya.

Anabel Estrada pula memberitahu, dia merasakan pesawat itu bertempur melawan hujan lebat dan angin sebelum ia terhempas.

Aeroméxico AM2431 terhempas sejurus selepas berlepas daripada lapangan terbang.

Kejadian itu mengakibatkan 85 orang cedera.

Jurucakap pertahanan awam Durango, Alejandro Cardoza berkata, kejadian itu disebabkan hujan lebat.

Bagaimanapun, 103 penumpang dan anak kapal terselamat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast