Dr Mahathir Mohamad
Gambar menunjukkan Tun Dr Mahathir bersama ulama dan cendekiawan yang dimuat naik di Facebook Chedet.com

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan golongan ulama dan cendiakawan Islam dari seluruh negara.

Pertemuan tersebut diketahui umum selepas beberapa keping gambar dimuat naik di laman Facebook Perdana Menteri.

“Pertemuan khas antara YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama tokoh-tokoh ulama’ dan cendekiawan Islam di Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi,” demikian menurut posting di laman sosial berkenaan.

Difahamkan, pertemuan tersebut diadakan selama dua jam dengan pengisian program sesi dialog anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Dr Mahathir turut mengutarakan pandangannya sebagai seorang Muslim yang berstatus Perdana Menteri dan mahu melihat Malaysia menjadi negara Islam contoh untuk seluruh dunia. – MalaysiaGazette