Sarri mahu jumpa willain
Sarri kecewa Willn masih belum melaporkan diri di latihan kelab stamford Bridge.

LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri kecewa selepas Willian masih tidak kembali ke latihan kelab itu.

Sarri mendakwa pemain sayap Brazil itu masih tidak menepati masa dan melaporkan diri kepadanya di Stamford Bridge walaupun kempen Piala Dunia Rusia 2018 telah tamat pada 15 Julai lalu.

SkySports difahamkan Chelsea menolak Barcelona untuk mendapatkan Willian pada musim ini.

Beberapa akhbar melaporkan pemain itu berdepan masalah dokumen perjalanan.

The Blues memberi kebenaran kepada Willian untuk melaporkan diri lewat, namun Sarri menyatakan kekecewaan terhadap pemain itu.

“Saya hendak bercakap dengan dia (Willian) sebelum menjawab semua soalan anda (wartawan),” katanyaselepas tamat perlawanan pra musim yang menyaksikan pasukannya tewas kepada Arsenal malam tadi.

“Saya tak tahu, saya tidak gembira dengan situasi semasa tetapi saya ingin bercakap dengannya…agak pelik juga kan?” tambah beliau.

Willian antara beberapa pemain Chelsea yang dikaitkan mahu berhijrah ke Sepanyol, antaranya Thibaut Courtois dan Eden Hazard yang diburu Real Madrid. – Agensi