Mohd Bakke Salleh

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohd Bakke Salleh dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Nikkei Markets dalam laporannya berkata, Pengarah Urusan Sime Darby Plantation itu telah menerima tawaran tersebut.

Mohd Bakke akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Hamzah yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 31 Ogos ini. – MalaysiaGazette