LONDON – Rekod suhu panas yang pernah dialami oleh beberapa negara Eropah dijangka dapat dipecahkan dalam masa terdekat ini.

Rekod paling panas yang pernah berlaku di Eropah ialah 48C (118.4F) di Athens pada bulan Julai 1977.

Suhu semakin meningkat di Sepanyol dan Portugal, di sokong oleh gelombang panas dari Afrika.

BBC mengatakan ramalan suhu untuk barat daya Sepanyol dan selatan dan tenggara Portugal adalah 47C (116.6F) pada hari Jumaat dan Sabtu.

Suhu panas yang pernah direkodkan di Portugal ialah 47.4C pada tahun 2003 dan Sepanyol 47.3 C pada Julai tahun lalu.

Di United Kingdom, cuaca panas dijangka mencecah 33C di tenggara.

Meteorologi Sepanyol memberi amaran gelombang panas berlaku di barat daya negara terbabit sehingga Ahad ini.

Eropah telah mengeluarkan amaran merah – dikategorikan sebagai sangat berbahaya dan menimbulkan risiko kepada kehidupan – untuk kebanyakan wilayah selatan Portugal dan Badajoz di Sepanyol.

Itali juga telah mengeluarkan isyarat merah, merangkumi kawasan hotspot pelancong di Rom, Florence dan Venice. – MalaysiaGazette