Mohd Zawawi Ahmad Mughni

BUKIT KEMUNING – Calon PKR DUN Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni mencabar mana-mana dakwaan berlakunya politik wang untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu mengemukakan bukti sahih. 

Beliau dalam masa yang sama mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) menyiasat dakwaan itu jika perlu. 

“Yes, buktikan. Silakan siasat,” katanya kepada pemberita ketika sidang media bagi mengulas dakwaan amalan politik wang pada PRK DUN itu oleh calon Barisan Nasional (BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Mengulas lanjut Zawawi berkata, dirinya tidak seperti Lokman yang hanya menggunakan isu tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

“Kalau dia menuduh begitu pastikan tuduhan itu bukan cerita kosong hanya kerana mahu meraih sokongan.

“Saya bukannya macam dia, saya adalah orang kecil yang tak banyak harta saya berpegang kepada prinsip menentang rasuah dan politik wang,” tambah Zawawi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast