Eric Torell. foto Agensi

STOCKHOLM – Seorang remaja sindrom down dan mempunyai kriteria autisme yang memegang senjata permainan ditembak mati oleh polis Sweeden.

Polis berkata, tembakan dilepaskan terhadap Eric Torell, 20, disebabkan faktor ‘situasi ancaman’.

Keluarga Torell yang terkejut dengan kejadian itu memaklumkan anak mereka hilang selepas keluar rumah pada awal hari Khamis.

Ibu mangsa, Katarina Soderberg berkata, senjata mainan plastik yang dibawa oleh anak lelakinya itu seperti mesingan adalah pemberian hadiah.

Soderberg berkata, Eric adalah anak kelainan upaya dan mempunyai masalah pertuturan.

“Sukar untuk mempercayai kerana dia sendiri tidak mampu mencederakan lalat,” ujar Soderberg.

Tembakan itu dilepaskan di Vasastan selepas polis menerima laporan tentang seorang lelaki bersama senjata api.

Tiga pegawai tiba di tempat kejadian dan mendekati Eric sebelum memerintahkannya meletakkan senjata tersebut.

Eric yang didakwa gagal mematuhi arahan dan bertindak mengancam, kata polis.

Eric dibawa ke hospital tetapi kemudian disahkan mati akibat kecederaannya.

Soderberg berkata, anaknya telah beberapa kali hilang tetapi sentiasa ditemui dan pulang ke rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast