HONG KONG – Seorang lelaki maut selepas tergelincir ketika memetik buah longan di kawasan empangan berhampiran Tai Lam Country Park, dekat Tuen Mun.

Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 10 meter daripada pokok berkenaan.

Seorang individu yang sedang melalui kawsan itu menemui mangsa berdekatan dengan Empangan Lam Tei kira-kira 10.30 pagi dan memanggil polis.

Lelaki yang berusia 57 tahun itu dibawa ke hospital, mengalami kecederaan di lengan, bahagian belakang badan dan kepala.

Dia disahkan mati pada pukul 11.22 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast