Amirudin Shari
Amirudin Shari

SHAH ALAM – Penurunan peratusan pengundi yang keluar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis perlu dijadikan pengajaran untuk Pakatan Harapan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. 

Katanya, jentera parti yang bakal bekerja untuk DUN Balakong dan Seri Setia perlu memastikan pengundi tidak hilang semangat untuk menunaikan tanggungjawab seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu. 

“Ini adalah petanda aras dan pengajaran untuk jentera untuk PRK  seterusnya.

“Berkenaan dengan keghairahan pengundi pada PRU yang lepas sangat tinggi untuk tukar kerajaan berbanding kali ini menyebabkan mereka selesa dan tidak turun,” katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangann calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi. 

Selain itu, waktu bekerja pada sektor swasta khususnya juga menjadi salah satu faktor mengakibatkan pengundi yang keluar hanya  49.4 peratus.

Justeru itu, Amiruddin pada PRK Balakong dan Seri Setia kelak, jentera perlu meyakinkan pengundi untuk mengekalkan momentum untuk mengundi. 

Zawawi Ahmad Mughni meraih 15 427 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam 9585 manakala calon Bebas K. Murthy 97 undi. 

Penyandang kerusi itu allahyarham Shuhaimi Shafie  pada PRU-14 meraih 23 998 undi.

Mengulas lanjut Amirrudin berkata Pakatan Harapan tidak akan mengambil mudah terhadap Pas di Seri Setia selepas BN mengumumkan untuk memberi jalan kepada parti itu untuk bertanding. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast