Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengangkat tangan selepas diumum menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis, Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 04 OGOS 2018.
Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengangkat tangan selepas diumum menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis, Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 04 OGOS 2018.

SHAH ALAM – Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Kandis yang baharu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni memberi jaminan akan memastikan isu-isu setempat ditangani segera.

Selama dua minggu berkempen, kata Zawawi aduan yang paling banyak diterimanya adalah berkaitan pembangunan infrastruktur, perparitan dan sampah yang perlu diberi perhatian. 

“Sepanjang kempen kami 14 hari kebanyakan aduan yang kami terima berkaitan infra dan prasarana, jalan, perparitan, lampu jalan ini adalah yg paling banyak diadukan insyallah saya akan kumpulkan aduan dan ajukan kepada pihak berkenaan secepatnya,” katanya kepada pemberita di Dewan Besar Tanjung MBSA selepas diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai penyandang terbaharu DUN Sungai Kandis. 

Dalam masa yang sama Zawawi mengingatkan pengundi-pengundi tidak mengulangi situasi pada Pilihan Raya Kecik (PRK) DUN itu apabila peratusan pengundi keluar merosot. 

“Saya juga menyeru kepada semua yang tidak keluar mengundi supaya selepas ini diri anda bertanggungjawab memilih dan keluar mengundi pilih pemimpin anda,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast