Urusetia membuat semakan pada borang yang diserah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kanan) semasa menghantar borang penamaan calon mewakili Datuk Seri Azmin Ali bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Teka teki akhirnya terjawab apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini.

Kertas pencalonan beliau diserahkan oleh Setiausaha Politik dan pencadangnya, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pada jam 4.40 petang tadi.

Pencalonan itu juga mendapat sokongan daripada Menteri Besar Selangor merangkap ADUN Sungai Tua, Amirudin Shaari.

Menurut Amirudin, keputusan untuk mempertahankan kerusi Timbalan Presiden mendapat mandat oleh keseluruhan kepimpinan tertinggi parti.

Ini sekali gus melenyapkan spekulasi kononnya Azmin yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan mencabar ketuanya,Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk jawatan Presiden PKR.

Azmin akan menentang bekas Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Naib Timbalan PKR, Rafizi Ramli.

Sebelum ini ketika ditemui, Hilman yang juga akan bertanding sebagai Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mendedahkan Azmin tidak akan sesekali membelakangi Anwar Ibrahim walau apa jua situasi.

“Tidak ada sesiapa yang begitu setia dengan kepimpinan Anwar Ibrahim selain daripada Azmin Ali. Itulah kebenarannya.

“Tiada yang lebih setia kepada beliau. Saya juga diberitahu beliau masih di Singapura kerana mesyuarat penting,” ujarnya kepada Malaysia Gazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast