Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tema Belanjawan 2019, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, tidak selari dengan dasar polisi fiskal yang ingin dilaksanakan kerajaan.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa tema Belanjawan 2019, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, tidak selari dengan dasar polisi fiskal yang ingin dilaksanakan kerajaan.

SENAWANG – Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata biarpun Barisan Nasional (BN) kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, namun parti itu berjaya memenangi peratus undi di kawasan tersebut.

Menurut beliau, ternyata keputusan PRK Sungai Kandis menyaksikan rakyat Selangor tidak menolak seratus-peratus kehadiran UMNO dan BN dalam arena politik negara.

“Memang kita kalah tapi kita punya peratusan undi itu tinggi antara 83 peratus daripada apa yang kita dapat pada PRU14.

“Peratusan undi PH menurun 63 peratus daripada 23,000 kepada 15,000.

“Kita masih lagi tidak kehilangan sokongan daripada pengundi Sungai Kandis,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika menghadiri satu majlis perkahwinan di Pinggiran Senawang hari ini.

Semalam PRK Sungai Kandis menyaksikan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni sendiri gagal mendapat 23,998 undi yang diperolehi oleh penyandangnya, Allahyarham Mat Shuhaimie Shafiei pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Pertembungan tiga penjuru PRK Sungai Kandis menyaksikan calon PKR, Mohd Zawawi hanya mendapat 15,427 undi menewaskan calon BN, Datuk Lokman Adam dengan 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy hanya meraih 97 undi.

Mengulas lanjut, Mohamad Hasan berkata, BN dapat menjana 83 peratus jumlah undi yang diterima mereka pada PRU14 lalu.

Beliau berkata itu memberikan isyarat bahawa UMNO dan BN masih diterima pengundi kawasan itu.

“Calon PKR cuma dapat 63 peratus undi daripada undian 2018. Maknanya BN tidak kehilangan banyak undi dan kita masih maintain lagi.

“Ini merupakan satu statistik yang baik bagi BN untuk kita teruskan gerak kerja supaya UMNO ditransformasi dan bangkitkan semula. Itu tugas kita.

“UMNO mesti bentang tawaran baru untuk rakyat dan negara. Kita akan merangka pelan pemulihan semula supaya UMNO akan terus mendapat sokongan rakyat,” ulas beliau lagi. -MalaysiaGazette