Equanimity
Kapal mewah Equanimity. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Pemilik kapal mewah mendakwa tindakan Kerajaan Malaysia menyita kapal tersebut melanggar keputusan Mahkamah Indonesia dan perintah Mahkamah Amerika Syarikat.

Equanimity yang bernilai AS$250 juta tiba di Pulau Indah, tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Equanimity (Cayman) Ltd menyifatkan tindakan Malaysia itu menyusahkan walaupun ia dilakukan namun ditentang oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) yang merupakan penjaga kapal layar itu, seperti yang diperintah oleh Pusat Daerah California.

“Rampasan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak diselaraskan dengan DoJ dalam apa jua cara,” kata pemiliknya.

Pemilik kapal itu juga mendakwa tindakan Malaysia polis bersenjata Indonesia dan pegawai Malaysia menaiki kapal layar itu minggu lalu tanpa memberi notis terlebih dahulu dan kemudian diperintah ke Malaysia.

“Mungkin, mereka telah bekerjasama dengan DoJ atau berhasrat mematuhi salah satu perintah mahkamah yang berkuatkuasa, ini tidak perlu,” katanya.

Meskipun proses pengadilan Indonesia dan Amerika Syarikat telah membawa kepada keputusan yang bertentangan mengenai status kapal layar itu, kedua-dua proses tersebut sekurang-kurangnya terbuka dan telus kerana Equanimity (Cayman) diberi kesempatan yang adil untuk mewakili kedudukan dan hujah.

“Malangnya, perkara yang sama tidak boleh dikatakan, untuk sebarang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menyita kapal tersebut,” katanya.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa DoJ sedang berusaha untuk menggantung usaha undang-undang bagi mengambil alih Equanimity, sehingga ia mengetahui apa yang Malaysia akan lakukan dengan kapal tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast