Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) ketika tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di Akademi Pencegahan Rasuah (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini memberi keterangan bagi kes berhubung SRC International Sdn Bhd (SRCI) yang disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA).

Beliau tiba di Akademi Penceghan Rasuah Malaysia (MACA),  Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Tuanku Abdul Halim pada pukul 4:58 petang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), Velfire putih dengan nombor perdaftaran QMN 11.

Bekas Perdana Menteri itu dijangka didakwa dengan tiga lagi tuduhan membabitkan kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Pada 22 Mei lalu, buat pertama kali pertama ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRCI.-MalaysiaGazette