Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak
Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak

KUALA LUMPUR – Professor Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu untuk tempoh dua tahun (2018-2020), berkuatkuasa 1 ogos 2018.

Beliau menggantikan Prof. Datuk Sri Dr. Zaleha Kamarudin yang mengakhiri tempoh perkhidmatan sebagai rektor pada 31 Julai lalu setelah tujuh berkhidmat dengan universiti itu.

Menurut Pejabat Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan Dzulkifli sebagai rektor keenam UIAM telah mendapat perkenan daripada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah setelah disembahkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

“Beliau yang cukup dikenali dan dihormati sebagai ahli akademik pengajian tinggi tersohor negara, beliau berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pengajian tinggi dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkifli merupakan bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia(USM).

Antara jawatan yang dipegang dan pencapaian beliau di peringkat antarabangsa adalah Presiden Persatuan Universiti Antarabangsa berpangkalan di Paris, Perancis manakala antara pengiktirafan di dalam negara termasuk Felo Akademi Sains Malaysia.

Sebelum dilantik menjadi Rektor UIAM, beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – MalaysiaGazette