Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pembentangn RUU kali kedua ini sedang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang bertujuan untuk memansuhkan akta cukai berkenaan yang dianggap memberi bebanan besar kepada rakyat sejak ianya diperkenalkan pada 2012.

Selain daripada itu, menurut Guan Eng, inisiatif pemansuhan itu  juga berkaitan dengan janji manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sebanyak 10 fasal dibentangkan di bawah RUU berkenaan, antaranya dengan memperuntukkan apa-apa liabiliti yang ditanggung boleh dikuatkuasakan atau apa-apa barang dan perkhidmatan yang genap masa, terlebih bayar serta terkhilaf boleh dipungut, dibayar balik atau diremitkan di bawah akta yang dimansuhkan seolah akta yang dimansuhkan itu tidak dimansuhkan. – Malaysia Gazette