BENGALURU – Pendakwa Amerika Syarikat sedang menyiasat sama ada Goldman Sachs Group Inc mempunyai sebarang kecuaian dalam penipuan yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan New York Times.
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkata, siasatan skandal 1MDB yang membabitkan penyelewangan dana sejumlah AS$4.5 bilion melibatkan sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.
Siasatan itu bagi mengenal pasti bagaimana dana sebanyak AS$4 bilion hilang daripada 1MDB, membabitkan pejabat pendakwa raya di Los Angeles dan New York.
Tetapi DoJ telah memberi kuasa kepada pendakwa raya di Brooklyn, yang “fokus secara intensif” kepada peranan Goldman, memetik laporan New YorkTimes.
Goldman, yang menjana kira-kira AS$ 600 juta untuk kerja-kerja dengan 1MDB, telah berulang kali menafikan sebarang kesalahan dan mengatakan ia akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.
Jurucakap Jurucakap Michael DuVally berkata, bank itu telah menerima sapina dan permohonan maklumat daripada beberapa badan kerajaan dan pengawal selia.
Pendakwa raya Brooklyn juga sedang menimbangkan dakwaan jenayah terhadap bekas bank pelaburan Goldman, Tim Leissner, yang bekerjasama rapat dengan 1MDB, kata Times. – MalaysiaGazette
















