Kawalan keselamatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta pagi ini diperketatkan menjelang pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Kawalan keselamatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta pagi ini diperketatkan menjelang pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

KUALA LUMPUR – Kawalan keselamatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta pagi ini diperketatkan menjelang pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Seawal 5.30 pagi lagi pasukan polis dengan kekuatan dianggarkan sekitar 200 anggota dan pegawai sudah berkumpul di pekarangan mahkamah berkenaan.

Begitu juga dengan pengamal media dari lebih 50 agensi tempatan dan antarabangsa menunggu di hadapan pintu utama kompleks mahkamah untuk mendaftar masuk ke kompleks berkenaan.

Setiap kenderaan diperiksa dan hanya yang mempunyai urusan di mahkamah sahaja dibenarkan masuk ke dalam premis kehakiman itu.

Ahli Parlimen Pekan akan didakwa di atas tiga lagi pertuduhan baharuĀ  di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001.

Semalam beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Duta.

Menurut Seksyen 4, seseorang itu secara langsung atau tidak langsung melakukan kesalahan terlibat dalam transaksi hasil aktiviti haram, memperoleh, menerima, memiliki, mengalihkan atau membawa masuk ke dalam negara hasil aktiviti haram.

Jika sabit bersalah , beliau boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn. Bhd berjumlah RM42 juta. – MalaysiaGazette