MH370
Seorang pengunjung melihat kata-kata harapan terhadap kejadian kehilangan pesawat MH370 yang ditulis oleh pengujung yang hadir sempena Pameran Memperingati Tahun ke 3 kehilangan pesawat MH370 di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

PARIS – Perancis telah membuka semula siasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines
selepas laporan akhir yang dikeluarkan kerajaan Malaysia didakwa gagal menjelaskan kehilangan pesawat itu.

Akhbar Perancis, Le Parisien melaporkan siasatan itu adalah untuk mengesahkan data daripada Inmarsat – pengendali rangkaian satelit global – yang menjejak isyarat pesawat di selatan Lautan Hindi di Australia Barat, lokasi dipecayai pesawat
tersebut terhempas.

Dalam maklum balasnya, para ahli keluarga mangsa pesawat MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan semua data, termasuk data radar tentera, untuk kajian semula dan analisis oleh pakar bebas.

Laporan kehilangan pesawat Boeing, B777 setebal 449 muka surat dikeluarkan pada 30 Julai lalu.

Kini Gendarmerie of Air Transport (GTA) telah menlancarkan siasatan sendiri terhadap kehilangan misteri itu, menurut Le Parisien seperti dipetik new.com.au.

Empat penumpang warga Perancis yang merupakan antara
239 penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang pada 8
Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membolehkan GTA melakukan sisasatan sendiri.

Serpihan bahagian sayap diliputi teritip yang dipercayai
milik MH370, flaperon, ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada 2015.

Keputusan analisis flaperon yang dilakukan Perancis tidak pernah
didedahkan sepenuhnya tetapi laporan interim menyatakan siasatan dihalang dengan ketidak hadiran data daripada Boeing.

Menurut Le Parisien, para penyiasat Perancis mahu memeriksa
semula ‘semua data teknikal’ yang disediakan Inmarsat dalam usaha ‘mengesahkan kesahihannya’ selain mengesahkan jika laluan pesawat itu dilakarkan dengan betul.

Bagaimanapun, kerajaan Perancis tidak membuat pengumuman rasmi mengenai sebarang siasatan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast