Guan Eng Tidak Wajar Guna Perkataan Rompak – Khairy Jamaluddin | Edisi MG 9 OGOS 2018

Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional mempertikai sikap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak menjawab soalan pembangkang berhubung dakwaan kira-kira RM18 bilion wang bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hilang daripada sebuah akaun amanah.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Guan Eng sepatutnya tidak wajar menggunakan perkataan rompakan pada sesi Dewan Rakyat kerana ia merupakan satu tuduhan kasar merujuk kepada perlakuan mencuri dan memerlukan bukti kukuh bagi menunjukkan perkara tersebut benar-benar berlaku.

Khairy Jamaluddin telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Sentul untuk siasat tuduhan tersebut bagi mendapat kepastian sama ada tuduhan itu betul atau tidak dan beliau akan membuat laporan di SPRM kerana rompakan ada unsur-unsur rasuah yang dibuat oleh kerajaan yang lepas.