Mat Sentul menerima kunjungan Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT),Datuk Dj Dave.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Mat Sentul dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat strok haba sejak Isnin lalu.

Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar boleh pulang dan berehat dengan keluarga di kediamannya di Larkin, Johor Bahru.

Keadaannya kini dimaklumkan sihat namun cuma sedikit keletihan.

“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang ke rumah,” katanya memetik laporan Utusan.

Sementara itu, anaknya, Roslee Rashid, 57 tahun, berkata, sebelum itu ayahnya pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai dan dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

“Ketika itu beliau dimasukkan ke hospital juga kerana strok haba.

“Selain itu beliau tidak mempunyai sebarang penyakit, beliau seorang yang aktif dan sering berjalan sekiranya berpeluang,” katanya. -MalaysiaGazette