Abby Abadi kini memiliki sepasang anak angkat.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Abby Abadi berharap pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat tidak mempersoalkan status asal usul bayi itu sebelum dilahirkan.

Abby menjelaskan, ini kerana bayi yang dilahirkan tidak berdosa dan lebih penting menjadi tanggungjawab penjaganya untuk mencorakkan kehidupan mereka.

“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu-bapa penjaga ini, tak perlulah ditanya status mereka. Seribu satu macam masalah dalam dunia ini… tak tertulis di sini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ini beragama dan kenal Allah atau sebaliknya… Wallahuallam,” tulisnya di Instagram miliknya.

Pada Jun lalu, Abby mengambil seorang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh.

Sebulan kemudian, Abby mengambil lagi seorang bayi perempuan yang diberi nama Maisara Dayana Fathia.

Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

Dalam pada itu, Abby menyarankan wanita yang sedang hamil tetapi tidak berkemampuan menjaga bayi mereka agar mencari dirinya daripada mengambil jalan melakukan perkara tidak baik kepada bayi masing-masing bagi mengelak masalah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast