Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengkritiknya.

“Saya menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Pertahanan dan bekas Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini terhadap saya dan Kementerian Pertahanan sebagai satu teguran untuk menilai dan memperbaiki prestasi serta kesungguhan untuk menerajui kementerian ini.

“Akan tetapi saya tidak boleh terima sekiranya fitnnah atau unsur fitnah dilemparkan terhadap saya,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu diambil perhatian sebagai menteri atau sebagai pemimpin kepada satu organisasi yang besar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast