MANCHESTER – Seramai 10 orang dikejarkan ke hospital selepas berlaku tembak-menembak di Moss Side, dekat sini.
Polis berkata, mangsa-mangsa mengalami pelbagai kategori kecederaan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Claremont.
Setakat ini, tidak ada kematian yang berlaku akibat kejadian tersebut.
Kawasan itu menjadi tumpuan kerana menghadiri Karnival Caribbean, beberapa jam sebelum kejadian berlaku.
Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan serangan itu. – MalaysiaGazette