17 orang pengawal keselamatan JPM yang dibawa ke Mahkamah Putrajaya bagi ditahan reman untuk siasatan berhubung penyelewengan dana PRU14. foto SPRM

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri dibebaskan selepas lima hari direman dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua lagi telah dibebaskan Jumaat lalu.

Kesemua 17 pengawal keselamatan itu direman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjumlah RM3.5 juta.

Mereka yang ditahan berusia antara 31 hingga 51 tahun termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 dan 18 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP 11. – MalaysiaGazette