KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat. Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tidak mahu Dewan Rakyat bersidang pada lewat tengah malam.
Ia tidak perlu, katanya, sambil menegaskan bahawa Dewan Rakyat adalah “institusi undang-undang dan tempat masyarakat berbahas’.
“Tiada apa-apa selepas tengah malam,” kata Mohamad Ariff sambil menambah bahawa aktu yang munasabah untuk menamatkan sesi Parlimen ialah 8.30 malam atau 9.30 malam dan “jika perkara itu mendesak, ia boleh dilanjutkan sehingga 11 malam”.
Speaker menambah, adalah tidak masuk akal untuk membahaskan isu-isu perdebatan melebihi waktu tersebut.
“Saya bercakap mengenai kecekapan, kelajuan dan kualiti. Kecekapan mesti bersesuaian dengan kualiti.
“Kita perlu mempunyai perdebatan yang lebih berkualiti.
“Ini adalah institusi undang-undang, bukan komuniti perbahasan” katanya dalam temu bual dengan The Star.
Mohamad Ariff berkata, mempunyai pelbagai jawatankuasa pilihan dan juga “Kabinet bayangan” boleh membuat prosiding lebih berkesan.
Ahli-ahli jawatankuasa terpilih, yang dikatakan pakar, boleh dijemput untuk memberi input mengenai isu-isu demi manfaat ahli Parlimen yang tidak mahir dalam bidang ini.
“Itulah yang sepatutnya, tidak seperti apa yang kita lihat setakat ini, di mana sangat sedikit orang melihat klausa rang undang-undang untuk menambah baik undang-undang.”
Kabinet bayangan oleh pembangkang, katanya, juga akan menjadi langkah yang baik untuk membantu mengurangkan masa Parlimen dan memastikan kualiti perdebatan yang lebih baik.
Mohamad Ariff berkata, penggubal undang-undang bersemangat untuk mencelah semasa perbahasan, “bagaimanapun, ada yang berulang-ulang”.
“Itulah sebabnya saya percaya ia adalah idea yang baik untuk mempunyai ‘Kabinet bayangan’ sekurang-kurangnya sebagai Speaker, jika sesuatu masalah timbul, saya tidak perlu mengetepikan dewan untuk melihat siapa yang perlu menjawab terlebih dahulu.
“Sepatutnya, pendebat pertama adalah dari ahli Kabinet bayangan,” katanya.
Dengan cara itu, katanya, pembuat undang-undang lain yang mahu berdebat untuk subjek sama tidak akan mengulangi perkara yang telah dibangkitkan.
Amalan itu akan mengurangkan masa sedikit.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang tidak akan mempunyai “Kabinet bayangan” untuk memantau kerajaan.
Sebaliknya, ahli Parlimen pembangkang akan diberikan portfolio untuk menumpukan perhatian kepada subjek tertentu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, kata Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette