Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pentadbiran kerajaan persekutuan akan terjejas jika berlaku masalah dalam peralihan kuasa, kata Tan Sri Annuar Musa (Ketereh- BN).

Selaku pihak pembangkang, Annuar mengaku dakwaan Abdullah Sani (Kapar – PH) bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi halangan menjadi Perdana Menteri sebagai membimbangkan.

“Baru-baru ini kita dikejutkan berita yang menggerunkn Ahli Parlimen Kapar membuat pendedahan ada konspirasi untuk tidak mengizinkan proses perpindahan kuasa kepada Anwar Ibrahim dari Tun Mahathir Mohamad.

“Ini beberapa kali disuarakan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Bacaan Kali Kedua (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2018).

Terdahulu Abdllah Sani dipetik sebagai berkata bahawa Anwar akan menghadapi masalah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr Mahathir jika Rafizi Ramli tidak berjaya menangkis Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang.

Bukan setakat perjalanan pentadbiran negara oleh kerajaan baharu ini akan terjejas malah pada akhirnya tambah Annuar, konflik ini akan menghalang Pakatan Harapan untuk menunaikan semua manifetstonya.

“Kita sedang berbincang soal dasar yang mana kerajaan hai ini menjanjikan keadaan yang terbaik dari yang dulu.

“Untuk menjadikan kerajaan yang baik mewujudkan kestabilan yang antara lain peralihan kuasa ini suatu perkara yang cukup besar, saya mahu mendapatkan penjelasan,” katanya.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRu14) pada 9 Mei, pemimpin Pakatan Harapan bersetuju sebulat suara bahawa Dr Mahathir akan dijadikan Perdana Menteri sementara jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast